Oh!! Fitnah, Fitnah dan Fitnah!!!

Fitnah berlaku apabila seseorang manusia berasa tidak puas hati kepada seseorang. Ia menimbulkan pelbagai implikasi buruk bukan sahaja kepada yang kena fitnah tetapi juga kepada masyarakat. Islam melarang umat manusia daripada menfitnah seseorang. Ini jelas dalam firman Allah s.w.t yang berbunyi:

"SESUNGGUHNYA fitnah merupakan satu elemen yang cukup bahaya, apatah lagi fitnah terhadap agama yang boleh menjurus kepada hukum membunuh, kerana al-Quran ada menegaskan bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan." (Maksud ayat 191 dan 217 surah al-Baqarah)




Fitnah yang terjadi itu boleh berlaku kerana orang yang terlibat itu sama ada benar-benar tidak memahami atau memiliki ilmu-ilmu fardu ain ataupun kerana berhasrat meraih kepentingan dengan penampilan agama, atau memang di kalangan orang-orang munafik.Ketiga-tiga kategori manusia itu dianggap golongan yang jahat kerana mahu memburukkan Islam.

Jenis-jenis fitnah terhadap agama Islam
1. Fitnah melalui kepimpinan negara.
2. Fitnah dalam belajar kerana mahu dapat jawatan.
3. Fitnah melalui penampilan diri dan cara berpakaian.
4. Fitnah melalui ungkapan.
5. Fitnah melalui penulisan.
6. Fitnah melalui iklan produk.
7. Fitnah melalui penglibatan dalam sukan dan hiburan.
8. Fitnah berbangga kerana berjaya memperbanyakkan bilangan masjid.
9. Fitnah kerana meninggalkan kewajiban beribadat.
10. Fitnah kerana tidak menunjukkan akhlak Islam yang mulia.




Akhir kata, jika mendengar atau membaca sesuatu bahan berita sila PERIKSA dahulu bagi mengelakkan kita terjerumus ke kancah fitnah ini. Mari kita berdoa bersama-sama agar kita semua umat Islam menghindari gejala fitnah yang sedang merebak luas umpama debu-debu yang ditiup angin. Baginda Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan dalam salah satu hadisnya yang bermaksud:

Bersegeralah lakukan amalan-amalan yangbaik-baik (jika ia pada waktu siang jangan tunggu hingga menjelangmalam yang gelap gelita), kerana ia akan menimbulkan fitnah.
"NO FITNAH WORLD BECOME PEACE AND ALLAH LOVE US"

Kopi Ais Satu!!!

0 komen kawan-kawanku:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Cipta Terpelihara FahmiJamal@KopiAis23