Kebanyakan daripada kita sering berjumpa doktor walaupun untuk masalah kesihatan yang simple seperti demam dan selsema. Masalah kesihatan seperti ini boleh dirawat secara mudah.
Ini dapat menjimatkan kos dan seterusnya mengelakkan kebergantungan terhadap antibiotik yang akan menyebabkan bakteria/ virus penyebab penyakit menjadi semakin imun. Di sini ada enam cara yang kita boleh gunakan sendiri di rumah:
Selamat Mencuba dan Kopi Ais Satu!!!
Ini dapat menjimatkan kos dan seterusnya mengelakkan kebergantungan terhadap antibiotik yang akan menyebabkan bakteria/ virus penyebab penyakit menjadi semakin imun. Di sini ada enam cara yang kita boleh gunakan sendiri di rumah:
01.Demam
- Ambil makanan yang lembut seperti bubur dan banyakkan meminum air untuk menggantikan cecair badan yang hilang.
- Rehat sebanyak yang mungkin.
- Sejukkan dahi dan badan dengan tuala basah sehingga demam berkurangan.
- Basuh segenggam kacang pea dan biarkan ia kering. Panaskan tanpa minyak, kemudian letakkan kacang pea dalam cawan, tambahkan air sejuk dan biarkan untuk seketika sebelum diminum.
- Tingkatkan pengambilan air dan rehat yang mencukupi.
- Ambil banyak buah-buahan (atau jus) seperti oren atau jambu batu.
- Untuk melegakan hidung yang tersumbat, hidu bau bawang putih yang ditumbuk atau dipotong beberapa kali sehari.
- Sup ayam juga bagus untuk melegakan selsema. Cara yang lain untuk melegakan selsema ialah dengan menumbuk halia dan mengambil 1 sudu teh jus halia. Maniskan dengan madu dan ambil 3 kali sehari untuk 4 hari.
03.Sakit Kepala dan Migrain
- Rebus beberapa kangkung dalam beberapa minit. Tuangkan air rebusan kangkung dalam gelas dan kemudian tambahkan secubit garam, kacau dan minum.
- Genggam beberapa ulas bawang putih dan gosokkan pada dahi.
- Ambil sekeping ubi kentang yang nipis dipotong dan letakkan pada dahi. Ganti dengan kepingan kentang yang lain selepas kepingan yang tadi kering.
04.Sakit tekak
- Letakkan satu sudu teh garam dalam secawan air suam. Kemudian kumurkan dengan air itu.
05.Cirit-birit
- Banyakkan meminum air bagi menggantikan cecair badan yang hilang. Garam ORT juga dapat membantu
- Minum teh kosong tanpa gula juga boleh melegakan cirit birit
- Elakkan pengambilan susu ketika cirit birit
06.Sembelit
- Banyakkan meminum air bagi melegakan sembelit
- Banyakkan pengambilan serat dalam makanan, seperti pisang dan juga roti gandum penuh
Selamat Mencuba dan Kopi Ais Satu!!!
0 komen kawan-kawanku:
Post a Comment