Alam????

Ehm... Tajuk kali ini pasal alam sekitar. Saya tertarik untuk menulis tentang tajuk ini apabila menonton rancangan Halaqah di Tv9. Ia membincangkan bahawa alam ini sungguh penting bagi manusia. jika kita merosakkan alam, ia pasti membalas dendam kepada kita.



Bak kata panel rancangan tersebut  Dr Daniel Zainal Abidin yg menyatakan jika kita tidak mengawal pemanasan global pada masa kan datang, ia akan mewujudkan sekitar 5 juta penyakit setahun dan mengakibatkan ratusan ribu nyawa akan mati akibat penyakit yang timbul akibat pemanasan global ini.

Serta, langkah yang boleh diambil untuk memastikan kehijauan ini terpelihara juga menarik perhatian saya. Panel tersebut memberi contoh yang amat menarik sekali, iaitu "Budaya Membuka Kasut Sebelum Masuk Ke Rumah bagi Masyarakat Melayu". Saya pun terpikir ape kena mengena?? Dan panel tersebut menyatakan " org melayu mengajar budaya membuka kasut ini kepada anak2 mereka sejak kecil lagi dan secara konsisten (hari2 buat)". Maksudnya, jika kita mengajar mereka dari kecil dan dibuat berulang-ulang kali pasti akan berjaya. Contohnya budaya ini yang saya pasti setiap orang melakukannya saban hari dan tidak mungkin akan terhapus budaya ini. Kalau seseorang tidak membuka kasut apabila masuk ke rumah ia akan dianggap kurang sopan atau lebih kasar sedikit kurang ajar. Oleh itu, jika kita mengajar kepada anak-anak kecil kita berapa penting alam ini kepada manusia amnya serta seluruh mahluk ALLAH sejak dari kecil serta secara konsisten ia pasti berjaya. Dan mengajar kita apa yang ALLAH suka.



Saya juga tertarik dengan kata-kata penal tersebut pasal sebuah hadis, ia berbunyi begini: Pada zaman dulu ada seorang tua yg uzur menanam pohon tamar. lalu seorang pemuda datang kepada orang tua itu lalu berkata- wahai pakcik tidak guna kamu menanam pohon ini kerana kamu tidak akan sempat menikmati buahnya. Lalu pakcik itu berkata: biarlah saya menanam pohon ini kerana saya hanya mahu menikmati pahala saja dan biar lah generasi akan datang menikmati buahnya. Dan jelas kalau kita ada sifat seperti pakcik itu tadi alangkah damai dunia ini tanpa Bencana Alam Sekitar.

Akhir kata jaga alam ini seperti kita menjaga sesuatu yang kita sayang kerana alam ini bukan saja penting kepada kita tapi untuk generasi akan datang juga. Dan seperti selalu, KopiAis Satu!!

4 comments:

  1. yep...tengok jugak tadi..

    kalau kita tak buat baik dgn alam...alam akan mengganas..:)

    ReplyDelete
  2. owh..igtkan kena bukak kasot sebab nanti takya vacuum pasru boleh jimat letrik pastu xde global warming.hahaha..ade maksud tersirat rupanya.. :D

    ReplyDelete
  3. hahahaha...
    btul2 tu athirah..
    mksd yg tersirat lg menyiratkn...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Cipta Terpelihara FahmiJamal@KopiAis23