Antara Suka dan Duka didalam Acara Bola Sepak Sukan Sea 2011

Bermula dengan suka dulu ok, nanti tidak best pula kalau bermula dengan yang duka. Yang suka adalah melihat permainan kedua-dua pasukan penuh dengan debaran serta permainan yang boleh dikatakan baik. Kredit kepada pasukan Malaysia yang bermain dengan penuh bersemangat tinggi dan berjuang habis- habisan untuk mempertahankan pingat EMAS. mereka juga tidak pernah kalah dalam kejohanan kali ini.

Ok sekarang bab yang DUKA, kalau korang perasaan semasa upacara nak bagi medal tu kepada pemenang, yang tukang angkat dulang tu seorang wanita tau. Dia memakai tudung tetapi memakai skirt.

Selain itu, sedih melihat dua orang sesama MUSLIM@ISLAM memaki sesama sendiri. Bukan nak salahkan mana- mana pihak tetapi ini tidak seharus berlaku. Sampai ada yang maut semasa penyokong berpusu-pusu keluar dari stadium.

Seterusnya, bukan nak kata kepada sesiapa, sedih melihat pemain-pemain yang tidak menutup aurat yang nyata sekali dalam ISLAM bahawa menutup aurat adalah wajib.





Bukan nak kata aku ini baik sangat tetapi kalau kita yang mula dulu menutup aurat semasa bermain apa-apa jua jenis sukan terutama Bola Sepak ini nyata akan memberi impak positif kepada anak-anak kecil yang melihat permainan ini. Ia juga akan memberi kita KEBERKATAN semasa melakukan sebarang aktiviti sukan oleh ALLAH S.W.T.

 Akhir Kata, KopiAis Satu!!!

0 komen kawan-kawanku:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Cipta Terpelihara FahmiJamal@KopiAis23